THIS in an EDUCATION blog!

selamat datang ke blog kami !

Ahad, 5 Ogos 2012

Thinking Maps



WHAT are THINKING MAPS?????



THINKING MAPS is a LANGUAGE of eight visual patterns each based on fundamental thinking prosess

There are the patterns of thinking maps ;





WHAT the DIFFERENT between these eight thinking maps????

 

 

 

 

 

 

Let's see how it work.....


1] The Bubble Map

(for describing things)

 





EXAMPLE ; 










2]  The Circle Map

(for defining in context)








EXAMPLE ; 









3] The Flow Map


(for seeing events in sequence)










EXAMPLE ;









4] The Brace Map


(for seeing parts of a whole)

 

 





EXAMPLE ;










5] The Multi Flow Map


(for understanding cause and effect)

 

 

EXAMPLE ; 












6] The Bridge Map


(for seeing analogies)

 

 

EXAMPLE ; 














7] The Double Bubble Map


(for comparing and contrasting)

 

 

EXAMPLE ;











 8] The Tree Map


(for classifying things)

 



EXAMPLE  ;

 


Sabtu, 4 Ogos 2012

Tanda- tanda awal gangguan emosi

 




Seseorang guru perlu sentiasa saling menerima antara satu sama lain dan menyediakan emosi pelajar.  Ini penting supaya semua pelajar melibatkan diri dalam setiap kegiatan keilmuan yang diadakan di sekolah.  Emosi pelajar perlu dikekal atau dipertingkatkan dengan pengajaran guru lebih bersifat pembimbing di sisi.  Guru perlu memahami emosi pelajar kerana perbezaan tingkah laku, sosial dan rohani dalam kalangan pelajar sememangnya.




Gangguan emosi boleh dikategorikan kepada 3 kumpulan iaitu;
 
i.      gangguan emosi ringan
ii.    gangguan emosi sedarhana
iii.   gangguan emosi berat


tanda-tanda awal gangguan emosi; 

 



  • mengalami keadaan tekanan, cemas dan marah dengan kerap

  • mengalami suatu keadaan yang tidak pernah dialami seperti penolakan

  • mengalami kesulitan untuk berhubung dengan orang lain


  • mengalami dua atau lebih  perasaan dalam satu-satu masa

 

Aspek  emosi yang semakin sukar dilihat dalam kehidupan pelajar kini adalah seperti yang berikut;


Ø empati iaitu memahami orang lain secara mendalam
Ø mengungkapkan dan memahami perasaan
Ø mengendalikan amarah
Ø kemandirian iaitu berdiri dengan sendiri atau berdikari
Ø kemampuan untuk menyesuaikan diri
Ø disukai oleh orang lain
Ø kemampuan untuk memecahkan atau menghilangkan masalah antara mereka yang berada di sekeliling
Ø semangat setiakawan
Ø keramahan
  



# life is short, choose happiness 

Jumaat, 3 Ogos 2012

Langkah-langkah menangani gangguan emosi




Murid yang mengalami masalah gangguan emosi yang terlalu serius berkemungkinan akan mempamerkan pemikiran yang celaru, perasaan bimbang yang keterlaluan serta perlakuan-perlakuan yang pelik.


Oleh yang demikian, adalah menjadi peranan guru untuk membantu mereka kerana jika tidak diatasi, masalah ini akan memberikan kesan kepada prestasi akademik dan hubungan murid dengan orang lain. 

Langkah-langkah dalam menangani masalah gangguan emosi murid;

 

~ khidmat sokongan daripada pakar psikologi ataupun kaunselor 

~diberi bimbingan kerjaya

~ kerjasama daripada ibu bapa

~modifikasi tingkah laku yang bersesuaian

~ didedahkan dengan pengurusan emosi

~peraturan bilik darjah yang bersesuaian

~murid diberi peluang mengenal pasti masalah dan tingkah laku sendiri



# life is to be enjoyed, not endured



Khamis, 2 Ogos 2012

Hak asasi kanak-kanak [KONVENSYEN MENGENAI HAK KANAK-KANAK]





Konvensyen mengenai hak kanak-kanak [CRC] telah dibentangkan dalam perhimpunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu [PBB] pada 20 November 1989.


Konvensyen Hak Kanak-kanak 1989 merupakan satu dokumen yang memberikan PERLINDUNGAN kepada kanak-kanak dari segi ;

  • Pengabaian

  • Penderaan

  • Eksploitasi
  • Jaminan kanak-kanak mendapat haknya 


  

 

 

MENGAPA konvensyen ini PERLU ???? 

 i. Banyak negara yang tidak mempunyai struktur perundangan bagi kanak-kanak

ii. Menjamin perkembangan yang sihat untuk kanak-kanak

iii. Kanak-kanak lemah berbanding orang dewasa

iv. Kanak-kanak mudah terjejas oleh apa jua yang dilakukan atau tidak dilakukan

v. Kanak-kanak tidak berhak mengundi dan tidak mempunyai pengaruh politik dan ekonomi 



PRINSIP-PRINSIP  konvensyen 

 

 a] Kanak-kanak tidak seharusnya didiskriminasikan

b] Kanak-kanak mempunyai hak kepada kehidupan dan perkembangan

c] Kepentingan terbaik kanak-kanak mesti diberi keutamaan

d] Kanak-kanak harus diberi peluang melibatkan diri secara aktif dalam semua perkara yang menyentuh kehidupan mereka dan diberi kebebasan untuk menyuarakan pendapat mereka







konvensyen Hak Kanak-kanak ini  TELAH


1. Memperakui bahawa setiap kanak-kanak mempunyai hak dan kebebasan tanpa mengira keturunan, warna kulit, jantina, bahasa, agama, fahaman politik, kenegaraan, kedudukan sosial, kecacatan dan lain-lain status

2. Memberikan penekanan yang khas kepada kanak-kanak dan syorkan supaya keluarga memberikan perlindungan dan bantuan perlu untuk mampu menjalankan tanggungjawab mereka

3. Memperakui bahawa personaliti kanak-kanak hendaklah dibangunkan sepenuhnya dan hendaklah berlaku dalam persekitaran kekeluargaan yan gembira, kasih sayang dan persefahaman

4.  Mengingati bahawa kanak-kanak itu belum matang dari segi fizikal dan mental, memerlukan perlindungan dan jagaan khas termasuklah perlindungan undang-undang yang sewajarnya

5.  Mengiktiraf bahawa di seluruh dunia terdapat kanak-kanak yang tinggal dalam keadaan yang amat susah dan kanak-kanak ini memerlukan pertimbangan khas

6. Menekankan pentingnya nilai-nilai tradisi dan kebudayaan setiap orang bagi perlindungan dan perkembangan yang harmoni bagi kanak-kanak


HAK kanak-kanak

1. Hak kehidupan

2. Hak Perlindungan

3. Hak perkembangan

4. Hak penyertaan









#  because every child in the world has one thing in common. THEIR RIGHT

Rabu, 1 Ogos 2012

Hak asasi kanak-kanak [HAK KANAK-KANAK DI MALAYSIA]






Beberapa bentuk perundangan yang melindungi hak kanak-kanak di Malaysia antaranya;

i] Akta Perlindungan Kanak-kanak 1991 (Akta 468)

ii] Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984 ( Akta 308)

iii] Pengambilan Anak Angkat (Akta Pengangkatan Anak Angkat 1952)

iv] Akta Kanak-kanak 2001 (Pindaan 2002)

 



i] Akta Perlindungan Kanak-kanak 1991 (Akta 468)   

 

Merupakan satu akta bagi peruntukan mengenai permuliharaan dan perlindungan kanak-kanak yang memerlukan perlindungan, serta mengenai perkara-perkara yang bersampingan dengannya atau yang berkaitan dengannya

 

  • Dalam Seksyen 2 Akta Perlindungan Kanak-kanak 1991, dikatakan kanak-kanak memerlukan perlindungan jika;

  1. Kanak-kanak itu telah atau besar kemungkinan akan dicederakan atau dianiaya oleh penjaganya dari segi fizikal, emosi atau seks
2. Penjaga kanak-kanak itu tidak layak atau telah mengabaikan atau tidak berupaya menjalankan pengawasan dan pengawalan yang sepatutnya ke atas kanak-kanak tersebut 

3. Penjaga kanak-kanak telah abai atau keberatan untuk mengadakan pemeliharaan, makanan, pakaian dan tempat berteduh yang mencukupi untuk kanak-kanak


4. Kanak-kanak itu tidak mempunyai penjaga atau telah ditinggalkan oleh penjaganya dan selepas siasatan, penjaga itu tidak dijumpai dan tiada orang lain yang sesuai sanggup dan berupaya memlihara kanak-kanak itu

5. Kanak-kanak itu perlu diperiksa, disiasat atau dirawat bagi maksud memulihkan dan memelihara kesihatannya dan penjaganya telah mengabaikan atau enggan mendapatkan kanak-kanak itu diperiksa, disiasat atau dirawat sedemikian

6. Kanak-kanak itu berkelakuan dengan cara atau yang mungkin memudaratkan dirinya atau mana-mana orang lain dan penjaganya tidak berupaya atau keberatan untuk mengambil langkah-langkah yang perlu untuk memperbaiki keadaan atau langkah-langkah memperbaiki keadaan yang diambil oleh penjaga itu gagal





7. Terdapat pertelingkahan yang sedemikian rupa antara kanak-kanak itu dengan penjaganya atau penjaga-penjaganya sehingga hubungan kekeluargaan terganggu dengan serius.

8. Kanak-kanak itu terlibat dengan mana-mana kesalahan yang tersebut dalam Bab XVI Kanun Keseksaan atau mana-mana kesalahan daripada jenis yang diperihalkan dalam bahagian VI telah atau dipercayai telah dilakukan dan penjaganya ialah orang yang melakukan kesalahan sedemikian atau telah tidak melindunginya atau tidak mungkin akan melindunginya daripada sedemikian



ii] Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984 ( Akta 308)

 


Akta ini merupakan peruntukan yang berkaitan dengan pendaftaran, pengawalan dan pemeriksaan taman-taman asuhan kanak-kanak. Ianya bertujuan untuk memberikan perlindungan kepada kanak-kanak yang berusia di bawah 4 tahun



iii] Pengambilan Anak Angkat (Akta Pengangkatan Anak Angkat 1952)

 

Dalam konteks melindungi  hak kanak-kanak, kerajaan juga telah memperuntukan undang-undang dalam pengambilan anak angkat. Hal ini bertujuan mengawal selia kes-kes permohonan mengambil anak angkat. Peruntukan undang-undang ini sebagaimana dikanunkan di dalam Ordinan Mengangkat Anak 1960 (Adoption Ordinance) dan Peraturan-peraturan Mengangkat Anak 1961 (Adoption Rules 1961). Peruntukan undang-undang ini adalah untuk memastikan kebajikan dan masa depan anak angkat terjamin






iv] Akta Kanak-kanak 2001 (Pindaan 2002)

 



Akta ini  menyatukan tiga undang-undang yang terdahulu, iaitu 

a] Akta Perlindungan Kanak-kanak 1991

b] Akta Perlindungan Wanita dan Gadis 1973

c] Akta Mahkamah Juvenil

Penggubalan akta ini adalah usaha untuk memastikan perlindungan pemulihan dan pembangunan diberi perhatian serius oleh kerajaan bagi menjaga kebajikan dan kepentingan kanak-kanak

  • Penggubalan akta ini mengambil kira prinsip Konvensyen Hak Kanak-kanak. Akta ini mewajibkan pengamal perubatan, ahli keluarga dan penyelia perkhidmatan penjagaan kanak-kanak membuat laporan sekiranya berlaku kes penderaan kanak-kanak
  • Akta ini membahagikan kanak-kanak kepada beberapa kategori;
i] Kanak-kanak yang memerlukan jagaan dan perlindungan
ii] Kanak-kanak yang memerlukan perlindungan dan pemulihan
iii] Kanak-kanak yang dilarikan atau dijual
iv] Kanak-kanak yang melakukan kesalahan jenayah
v] Kanak-kanak yang tidak dapat dikawal, dan
vi] Kanak-kanak yang mengemis
  • Peruntukan dalam Seksyen 31; mana-mana individu termasuk ibu bapa, penjaga atau individu yang diberi kuasa untuk menjaga anak, boleh didakwa atas kesalahan mengabaikan atau cuai terhadap kanak-kanak
  •  Secara spesifikasinya, akta ini memperuntukan bahawa adalah menjadi kesalahan meninggalkan kanak-kanak tanpa pengawasan yang munasabah (Seksyen 33)




#Working together to safeguard all Malaysian's children