Konvensyen mengenai hak kanak-kanak [CRC] telah dibentangkan dalam perhimpunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu [PBB] pada 20 November 1989.
Konvensyen Hak Kanak-kanak 1989 merupakan satu dokumen yang memberikan PERLINDUNGAN kepada kanak-kanak dari segi ;
- Pengabaian
- Penderaan
- Eksploitasi
- Jaminan kanak-kanak mendapat haknya
MENGAPA konvensyen ini PERLU ????
i. Banyak negara yang tidak mempunyai struktur perundangan bagi kanak-kanak
ii. Menjamin perkembangan yang sihat untuk kanak-kanak
iii. Kanak-kanak lemah berbanding orang dewasa
iv. Kanak-kanak mudah terjejas oleh apa jua yang dilakukan atau tidak dilakukan
v. Kanak-kanak tidak berhak mengundi dan tidak mempunyai pengaruh politik dan ekonomi
PRINSIP-PRINSIP konvensyen
a] Kanak-kanak tidak seharusnya didiskriminasikan
b] Kanak-kanak mempunyai hak kepada kehidupan dan perkembangan
c] Kepentingan terbaik kanak-kanak mesti diberi keutamaan
d] Kanak-kanak harus diberi peluang melibatkan diri secara aktif dalam semua perkara yang menyentuh kehidupan mereka dan diberi kebebasan untuk menyuarakan pendapat mereka
konvensyen Hak Kanak-kanak ini TELAH
1. Memperakui bahawa setiap kanak-kanak mempunyai hak dan kebebasan tanpa mengira keturunan, warna kulit, jantina, bahasa, agama, fahaman politik, kenegaraan, kedudukan sosial, kecacatan dan lain-lain status
2. Memberikan penekanan yang khas kepada kanak-kanak dan syorkan supaya keluarga memberikan perlindungan dan bantuan perlu untuk mampu menjalankan tanggungjawab mereka
3. Memperakui bahawa personaliti kanak-kanak hendaklah dibangunkan sepenuhnya dan hendaklah berlaku dalam persekitaran kekeluargaan yan gembira, kasih sayang dan persefahaman
4. Mengingati bahawa kanak-kanak itu belum matang dari segi fizikal dan mental, memerlukan perlindungan dan jagaan khas termasuklah perlindungan undang-undang yang sewajarnya
5. Mengiktiraf bahawa di seluruh dunia terdapat kanak-kanak yang tinggal dalam keadaan yang amat susah dan kanak-kanak ini memerlukan pertimbangan khas
6. Menekankan pentingnya nilai-nilai tradisi dan kebudayaan setiap orang bagi perlindungan dan perkembangan yang harmoni bagi kanak-kanak
HAK kanak-kanak
1. Hak kehidupan
2. Hak Perlindungan
3. Hak perkembangan
4. Hak penyertaan
# because every child in the world has one thing in common. THEIR RIGHT
Tiada ulasan:
Catat Ulasan